Slider 01 Slider 02 Slider 03 Slider 04 Slider 05
This is an example of a HTML caption with a link.

Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi

TRIVIA

KOLEJ UNIVERSITI Islam Sains & Teknologi atau  (KUIST)  adalah sebuah anak syarikat dalam Bahagian Latihan dan Pendidikan di bawah KIST GROUP HOLDINGS (KGH) iaitu sebuah konglomerat  bumiputera  yang memenangi  anugerah “Best Promising Award’ daripada “Asia Pasific Entreprenur Award” pada Ogos 2013  selain “Enterprise 50 award 2012” dari SME Corp. dan “Corporate Social Responsibility Excellence Award 2012” dari SMI Malaysia.
Inisiatif   untuk   penubuhan  Kolej Universiti oleh KGH ini  sebenarnya  bermula sejak 2009. Pada  29 Februari 2012  KGH telah menerima surat pelawaan dan kelulusan dari  Jabatan Pengajian Tinggi, Kemementerian Pengajian Tinggi   Malaysia bagi penubuhan Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi, DKU024(D).                                                                                   

Dengan   usaha dan  komitmen   tinggi warga KGH    dan   KUIST    serta    sokongan padu masyarakat dan pelbagai agensi  khususnya Kementerian Pengajian Tinggi sendiri ,maka pada 31  Ogos    2013,   KOLEJ UNIVERSITI Islam Sains dan  Teknologi  telah mendapat kelulusan    perakuan   pendaftaran   untuk beroperasi sebagai KOLEJ UNIVERSITI Islam Sains & Teknologi (KUIST) . 

Profesor Dr Hj. Azman Abu Bakar, mantan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia  adalah Rektor Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi dengan kampusnya beroperasi di lokasi yang strategik, Bangunan 8 Tingkat,Wisma KUIST (dahulunya dikenali  Wisma ABRAR), Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu ,Kelantan Darul Naim.

PEMBIAYAAN

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)
  • Pengeluaran Caruman KWSP
  • Pinjaman Persendirian atau;
  • Institusi Kewangan

Matlamat Kami

Menjayakan 2 komponen berikut:

1. Menghasilkan graduan  yang dilengkapi dengan komponen akademik yang berkualiti, memiliki kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran insaniah yang mantap.

2. Menghasilkan graduan yang berkepimpinan, berwibawa, dan berupaya memacu kemajuan masyarakat dan industri.

Kriteria Teras KUIST:

Newsletter

Vestibulum sit amet tincidunt sit amet, tincidunt at dolor.

Galeri Gambar

more